Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan mencuri tumpuan apabila berkongsi sebuah ‘quotes’ yang sangat mendalam.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Umisya memuat naik kata-kata mencerminkan keperibadian seorang wanita yang kelihatan ceria tanpa ada dendam.
“’Kita usahakan menjadi perempuan ceria itu, yang hidupnya penuh dengan rasa syukur dan tidak memiliki rasa dendam, tidak ada yang lebih indah dari melihat diri sendiri kembali melakukan hal hal yang disukai dan memiliki senyum tulus’,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Umisya seorang wanita yang kuat terutamanya apabila berdepan dengan ujian rumah tangga.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meraih perhatian selepas mengatakan anak perempuannya, Marissa perlu diselamatkan daripada sebuah hubungan yang toksik.
Artikel Berkaitan: “Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi
Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023, ketika isteri pertama, Umisya berada di tanah suci.
Selepas lebih setahun berpoligami, status perkahwinan Marissa dan Aslam akhirnya disahkan sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025.




