Pengalaman menawan puncak Gunung Kinabalu layak diraikan oleh penyampai radio popular, Fara Fauzana.
Menerusi perkongsian di TikTok, Fara kelihatan teruja dan gembira apabila berjaya tiba di puncak gunung tersebut pada pagi Rabu.
“Kita share momen Fara Fauzana sampai di Puncak Kinabalu pagi tadi (Rabu).
“Kau orang ingat tak masa Bekpes Hot Tawan Kinabalu tahun lepas, kita ada buat satu video transisi, Johan, AG, KJ dan Fara letak telefon dalam beg di pintu masuk utama Gunung Kinabalu tapi bila buka balik beg hanya Johan, AG dan KJ yang ada.
“Kali ini kita nak ‘remake’ guys, sebab Fara dah berjaya sampai puncak,” tulis pada perkongsian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan bangga melihat kecekalan yang ditunjukkan Fara dalam misi menawan Gunung Kinabalu.





