Ameera Khan Kongsi Gambar Bertudung, Netizen Tanya Pergi Kursus Kahwin Ke?

Ameera Khan Kongsi Gambar Bertudung, Netizen Tanya Pergi Kursus Kahwin Ke?

Perkongsian pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya mengenakan tudung serba hitam.

Menerusi gambar tersebut, turut dilihat kekasihnya pelakon Indonesia, Jefri Nichol mengenakan kemeja berwarna putih.

BACA: Neelofa Enggan Ulas Hubungan Ameera Khan, Jefri Nichol

Melihatkan hantaran berkenaan rata-rata netizen memuji kecantikan Ameera yang cantik mengenakan hijab.

Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah pasangan tersebut menghadiri kursus perkahwinan serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Terdahulu, Ameera meluahkan rasa syukur impiannya untuk memiliki lelaki yang memenuhi ciri idamannya menjadi kenyataan. Ameera turtu menyifatkan aktor itu seorang lelaki yang setia serta penyabar.


Scroll to Top