Trending
Ibu buat laporan polis selepas anak 15 tahun didakwa tawar perkhidmatan seksual melalui Telegram. Polis sahkan siasatan dijalankan.
Seorang ibu berusia 43 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh selepas mendapat tahu anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun didakwa menawarkan perkhidmatan seksual melalui Telegram.
Menurut laporan Berita Harian, wanita itu dimaklumkan oleh anak sulungnya tentang perkara berkenaan ketika mereka berada di rumah di Jerteh, Terengganu pada 15 September lalu.
Anak sulung saya beritahu adik (15 tahun) tawar perkhidmatan seks melalui Telegram. Katanya, pelanggan pertama diberi percuma, manakala untuk kali kedua dan seterusnya dikenakan bayaran.
Ibu percaya anak pernah bersama beberapa lelaki

Ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci itu juga percaya bahawa anaknya sudah pernah melakukan hubungan terlarang dengan beberapa lelaki sebelum perkara ini terbongkar.
Kerana bimbang perkara semakin serius, dia membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Polis sahkan terima laporan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan laporan diterima dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan.
Difahamkan, remaja terbabit dan adik-beradiknya kini menetap bersama bapa mereka di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh selepas ibu bapa mereka bercerai 10 tahun lepas.
Pssttt! Anak-anak remaja sangat mudah terdedah dengan pengaruh media sosial. Ibu bapa perlu peka dengan tingkah laku mereka dan jangan takut untuk bertindak awal demi keselamatan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




