Anaknya dikecam kerana tidak lagi bertudung, penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata sebagai ibu dia sentiasa memberikan nasihat yang baik buat anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata dia percaya bahawa hidayah itu milik Allah serta tidak akan berhenti berdoa memohon kebaikan buat anak-anaknya.
BACA: “Saya Kecewa Dengan Kata-Kata Kesat Dilemparkan Terhadap Dahlia” – Abang

“Hidayah itu milik Allah SWT. Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak. Allah saja yang tahu apa yang kami lalui.
“Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkal jalan. Terima kasih semua,” tulisnya.
Terdahulu. Dahlia berkata dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.




