Op Mule NSRC: Peniaga dicekup, disyaki terbabit sindiket 'phone scam'

Op Mule NSRC: Peniaga dicekup, disyaki terbabit sindiket 'phone scam'

am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Seorang peniaga ditahan semalam selepas dipercayai menjadi menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan dalam talian ‘phone scam’ menyebabkan mangsa kerugian RM600,850.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail, berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditangkap dengan kerjasama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah melalui ‘Op Mule NSRC’.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai polis untuk memperdaya mangsa menggunakan akaun bank milik lelaki itu bagi transaksi kewangan daripada mangsa.

“Suspek yang ditahan adalah salah seorang pemilik akaun bank yang menyerahkan butiran akaun serta kad ATM miliknya kepada seorang lelaki tempatan (mangsa) melalui serahan tangan di kawasan Seberang Perai Tengah.

“Hasil soal siasat lanjut, (dalam kejadian membabitkan mangsa terbaharu) suspek menyerahkan butiran itu sekitar Ogos lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki (mangsa) melalui Facebook (FB) ketika membuat pinjaman wang dalam talian sebanyak RM500.

“Suspek menerima RM400 sahaja namun (mangsa) diarahkan membuat bayaran semula sebanyak RM100 setiap minggu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes itu kini dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top