“Alhamdulillah Saya Dalam Fasa Yang Sangat Tenang & Bahagia”

“Alhamdulillah Saya Dalam Fasa Yang Sangat Tenang & Bahagia”

Pelakon Fazura meluahkan rasa terharu apabila menerima kejutan daripada staf serta kenalan rapat sempena ulang tahun kelahirannya ketika sesi siarang langsung di TikTok pada Jumaat lalu.

Menerusi satu video dikongsikan semula di TikTok, Fazura mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan dirinya dan Fatima.

BACA: Hadiah Terbesarku…Jalani Hidup Ini Dengan Penuh Ketenangan, Kebahagiaan Bersamamu” 

“Saya nak ucap terima kasih kepada anda semua di luar sana yang sentiasa mendoakan saya dan Fatima.

“Sepanjang setahun ini banyak yang saya lalui tapi Alhamdulillah syukur, dengan adanya bantuan Allah saya dapat melalui semuanya dengan tenang, bahagia dan penuh hikmah.

“Tahun ini adalah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna di mana kali terakhir saya rasa gembira menyambutnya ketika arwah bapa saya masih ada,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata dirinya kini berada di fasa lebih tenang dan bahagia sert Allah yang lebih mengetahui isi hatinya.

“Alhamdulillah saya berada dalam fasa yang sangat tenang dan bahagia. Allah menjadi saksi, Allah mendengar, melihat serta mengetahui isi hati saya yang sebenar-benarnya,” katanya.


Scroll to Top