Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsian insiden cemas berlaku apabila anaknya iaitu Lyla Mulan Teh terjatuh dari buaian.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Atikah turut merasakan dia gagal menjadi seorang ibu susulan insiden berkenaan.
BACA: “Hampir Sama Macam Sebelum Ada Baby” – Atikah Suhaime Berjaya Kurus
Sementara itu, Atikah turut memuat naik hantaran memaparkan gambar buaian elektronik yang dibelinya tiba-tiba terjatuh.

“Sebenarnya salah saya. Rupanya salah pasang, jadi buaian itu jatuh. Saya dah pakai selama tiga bulan. Ini semua salah saya. Saya gagal jadi seorang ibu,” katanya.
Atikah turut memuat naik gambar anaknya mengalami luka di bahagian hidung namun Mulan dalam keadaan baik-baik saja.

“Mami minta maaf, tak kira apa pun, tak mengapa. Pegang anak, berhenti buat apa saja, jaga anak kita.
“Saya ada pembantu, cuma sekejap saja solat Asar tinggalkan Mulan. Benda jadi macam tu, saya berfikir bagaimanalah ibu-ibu lain yang tiada pembantu. Macam mana uruskan anak-anak dengan bekerja?” katanya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Lyla Mulan Teh




