Penyanyi Ina Naim menjawab pertanyaan apabila tular semula isu peti ais yang dibangkitkan oleh netizen di media sosial.
Memetik HibGlam, Ina berkata dia tidak faham mengapa isu itu sering diperkatakan netizen dan memberitahu rumahnya kini mempunyai peti ais dan segala kelengkapan lain.
BACA: Anak Ina Naim Minta Maaf, Minta Henti Kecam Ibu
“Sampai dah mati laki aku. Orang asyik tanya lagi isu peti ais. Sekarang rumah saya dah ada peti ais. Bukan itu sahaja mesin basuh, televisyen, sofa pun ada.
“Suami baharu saya yang sediakan semua kelengkapan tersebut. Jadi saya berterima kasih kepadanya.
“Dulu kita tolak ada sebab. Kali ini saya terima pun ada sebab. Dulu rumah kami dekat dengan kedai. Tetapi sekarang jauh,” katanya.
Sementara itu, Ina berkata ketika bersama arwah suami iaitu Suhaimi Saad, rumah mereka berdekatan dengan kedai dan harga barang keperluan di Kelantan sangat murah.
“Di Kelantan banyak kedai di tepi jalan. Barang jualan pula sangat murah. Sayur satu ikat baru berharga 50 sen. Sekarang mana ada. Barang-barang di sana pula segar. Makanan kami tak pernah terputus walaupun tiada peti ais,” katanya.
Sumber: HibGlam




