Tempahan foto kenangan terindah JPN dibuka semula

Tempahan foto kenangan terindah JPN dibuka semula

lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kembali membuka tempahan Foto Kenangan Terindah sempena Hari Pendaftaran Negara ke-77 bermula hari ini sehingga 30 Oktober depan.

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi berkata, rakyat Malaysia yang berminat boleh segera melalukan tempahan edisi khas itu melalui pautan https://fotoic.jpn.gov.my/

Menurutnya, JPN menerima jumlah tempahan yang amat menggalakkan ketika inisiatif itu dibuka tahun lalu.

“Pada tahun lalu kami ‘underestimate’ dan terima lebih 11,000 tempahan, hampir mencecah 12,000,” katanya menerusi hantaran video di TikTok JPN, hari ini.

Bagi foto siri individu, ia akan memaparkan tiga gambar pemilik MyKad masing-masing ketika berusia 12, 18 dan foto terkini pada harga RM75, manakala foto siri keluarga pada harga RM150.

Penetapan tarikh HPN bermula pada 1 Oktober 2013 yang diambil sempena tarikh peristiwa pengeluaran Kad Pengenalan Kertas pada 1 Oktober 1948.

HPN disambut dengan tujuan memberi satu pengiktirafan terhadap kewujudan peranan JPN dalam urusan pendaftaran, pengeluaran dan penyelenggaraan dokumen pengenalan diri sejak penubuhannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top