Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP meninggal dunia

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP meninggal dunia

safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris, Serdang, petang tadi setelah bertarung akibat jangkitan Influenza A.

Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu.

Isterinya, Datin Linda Taib memaklumkan, kesihatan Allahyarham semakin merosot selepas dua minggu ditempatkan di ICU.

“Semasa di ICU Allahyarham ditidurkan selain turut disahkan menghidap penyakit paru-paru berair dua minggu ketika mendapat rawatan.

“Mengikut perancangan awal, Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang, pagi esok,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Allahyarham Datuk Hishamudin, juga adalah merupakan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, bermula pada tahun 2003 hingga 2006.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top