Zamarul Pertahan Linda Rafar, Insiden Baju Ketat Tidak Disengajakan

Zamarul Pertahan Linda Rafar, Insiden Baju Ketat Tidak Disengajakan

Pelakon Zamaruh Hisham tampil mempertahankan kakak iparnya, Linda Rafar susulan penampilannya dikatakan tidak sesuai ketika di Konsert Elite Live’25, baru-baru ini.

Memetik BH Online, Zamarul berkata isu tersebut tidak disengajakan dan mungkin berpunca daripada rasa gementar apatah lagi sudah lama tidak membuat persembahan bersama Elite.

BACA: “Ustazah Ke?” – Komen Balas Linda Rafar Jadi Perhatian, Netizen Anggap Kasar

“Linda sebenarnya seorang yang sopan dalam pemakaian. Isu baju ketat itu pun saya terkejut ia jadi sebesar ini.

“Bila lama tidak naik pentas, tiba-tiba pereka fesyen hulur pakaian, sukar untuk menolak. Dalam keadaan berdebar, kadang-kadang kita tidak sempat fikir panjang. Itu yang orang luar tidak nampak,” katanya.

Sementara itu, Zamarul berkata rasa gementar boleh mempengaruhi seseoraang itu memilih untuk akur dengan sistuasi apatah lagi ketika membuat kemunculan semula di pentas besar.

“Kalau saya sendiri naik pentas selepas sekian lama, kaki pun boleh menggeletar. Apatah lagi Linda yang perlu menyanyi puluhan lagu. Dalam keadaan begitu, memang ada kemungkinan dia tidak sempat menolak pakaian yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Zamarul turut kesal apabila ada yang memberikan kecaman melampau sehingga menjejaskan emosi Linda sehinggakan ada yang memperbesarkan jawapan balasnya. 

“Ada yang menegur secara baik, Linda boleh terima. Tapi bila ada komen kasar, dia membalas kerana rasa tercabar. Itu lumrah manusia.

“Cuma, kerana dia artis, setiap jawapan balasnya diperbesar-besarkan. Netizen pula menyerang secara berkelompok. Mujurlah akhirnya Linda sudah tampil memohon maaf di Instagram seperti dinasihati keluarga,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top