Penyanyi Syasya Rizal berkata kartun popular Jepun, Doraemon banyak memberi inspirasi kepadanya untuk bekerja keras serta mencapai impiannya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Syasya berkata menerusi kartun itu juga membuatkan dirinya mahu bekerja keras untuk memiliki apa yang dimahukannya dengan hasil titik peluhnya sendiri.
BACA: Syasya Rizal Termakan Daging B*bi Ketika Bercuti Di China
“Cerita itu buat saya fikir bila besar nanti, saya kena kerja kuat supaya boleh beli apa yang saya nak dengan duit sendiri.
“Masa kecil saya juga selalu berdoa agar suatu hari nanti dapat melancong ke mana-mana macam Nobita guna pintu ke mana sahaja,” katanya..
Sementara itu, Syasya turut berkongsikan Allah banyak mengabulkan doa-doanya termasuk doanya untuk berkahwin dengan lelaki yang berwajah seperti Nobita.
“Tapi betullah orang kata, manusia memang cepat lupa. Bila fikir balik, Allah dah makbulkan banyak sangat doa-doa saya. Doa yang paling Allah makbulkan adalah saya nak suami muka macam Nobita,” katanya.
Sumber: mStar Online




