Pelajar Perempuan Maut Ditikam Rakan Sekolah, Pelajar Lelaki 14 Tahun Ditahan

Pelajar Perempuan Maut Ditikam Rakan Sekolah, Pelajar Lelaki 14 Tahun Ditahan

Trending

Polis kini sedang menyiasat motif kejadian tersebut.


Terkini! Polis mengesahkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan susulan kejadian tikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memberitahu kejadian tragik itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian

Beliau turut memaklumkan bahawa motif kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor selepas siasatan awal selesai dijalankan.

Ini satu kejadian yang menyedihkan. Pelajar lelaki menikam pelajar perempuan dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

Polis juga menyiasat latar belakang hubungan antara suspek dan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Shamsudin Mamat memaklumkan mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman. 

Kejadian itu disedari guru yang terdengar jeritan dan cuba untuk membantu tetapi kejadian sudah berlaku. Mangsa dan suspek adalah pelajar di sekolah sama namun berbeza tingkatan.

Terdahulu media melaporkan suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Dua disyaki membawa senjata tajam, dipercayai sebilah pisau, ke sekolah sebelum insiden berlaku.

Pssttt! Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini, dan pihak berkuasa segera menemukan keadilan buat arwah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top