“Dulu masa kita sekolah tadika, kita sudah rasa mahalnya yuran yang dibayar ibu bapa kita. Sekarang yurannya sudah beribu riban ringgit harganya”.
Demikian luahan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat apabaila berkongsi pendapatnya berkenaan kos pendidikan kanak-kanak yang semakin meningkat walaupun masih berada di peringkat pra sekolah.
Kata Ayda, kadar bayaran yuran sekolah di peringkat awal kanak-kanak seperti tadika mahu pra-sekolah pada masa kini semakin tidak masuk akal kerana sudah mencecah ribuan ringgit.
“Harga yuran sahaja sudah seperti sebulan gaji orang. Kaya orang yang buat sekolah.
“Dulu masa kita sekolah tadika, kita sudah rasa mahalnya yuran yang dibayar ibu bapa kita. Sekarang yurannya sudah beribu riban ringgit harganya,” katanya.
Perkara itu dikongsi Ayda menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.

Bagaimanapun, pelakon drama ‘Asalkan Dia Bahagia’ itu juga meluahkan rasa kurang senang terhadap kondisi atau cara penyelenggaraan sekolah tadika berkos rendah yang disifatkannya tidak bersih dan mempunyai pelbagai masalah.
“Kalau sekolah yang murah sikit, sekejap masuk hospital pula, sakit perut lah, tandas kotor lah, lebam sana sini,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet termasuklah golongan ibu bapa menyokong kenyataan ibu anak dua itu.
Namun, ada juga segelintir pihak yang menegur tindakan Ayda agar tidak sewenang-wenangnya melabel sekolah tadika berkos rendah sebagai kotor dan bermasalah.







