Mamat Sepah Restu Isteri Berhenti Polis, Akui Tak Sanggup Tengok Kerja Malam

Mamat Sepah Restu Isteri Berhenti Polis, Akui Tak Sanggup Tengok Kerja Malam

Oh! Artis

Isteri Mamat iaitu Nana akui alami anxiety dan kini lebih tenang.


Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Mamat Sepah iaitu Nana memaklumkan dirinya telah menamatkan kerjaya sebagai anggota polis.

Difahamkan, Nana sudah lebih dua dekad berkhidmat dalam pasukan dan kini mahu fokus kepada diri sendiri.

“Tak sanggup tengok dia kerja malam”

Lapor Harian Metro, Mamat menyokong penuh keputusan isterinya untuk ‘bersara’ walaupun pada awalnya tidak bersetuju.

Mamat Sepah

Mamat akur dengan keputusan itu selepas memikirkan keselamatan dan kesihatan isterinya yang sering bertugas pada waktu malam.

Tambahan pula, isterinya perlu berdepan pelbagai risiko di tempat kerja.

Bagi saya ini waktu dia berehat kerana salah satu punca minta dia berhenti sebab tak sanggup tengok dia kerja malam. Bukan itu saja, ada kejadian balai polis diserang waktu malam. Itu pun jadi punca saya tak mahu dia kerja malam. Saya takut dan rasa tak adil dia kena kerja malam.

Jelas Mamat lagi, isterinya sebenarnya sudah mahu bersara kira-kira tiga tahun lalu. Tetapi Mamat menasihati isterinya supaya bersabar kerana sayang dengan profesion itu.

Nana alami anxiety dan hilang minat dengan kerjaya

Difahamkan, Nana kini mengalami masalah anxiety dan kehilangan minat terhadap kerjaya tersebut kerana terlalu penat.

Saya dah kurang minat dengan kerjaya ini kerana sudah lama dalam pasukan dan macam-macam lagi yang saya lalui. Saya juga ada masalah anxiety. Mungkin sebab terlalu penat.

Menurut Nana, kehidupannya kini jauh lebih tenang dan bahagia selepas tidak lagi terikat dengan rutin serta tekanan tugas harian.

Cik Nana

Pssttt! Kadang-kadang, keputusan untuk berehat bukan tanda menyerah, tapi cara terbaik untuk pulihkan semangat dan ketenangan diri. Oh! Media doakan agar Nana terus bahagia dengan kehidupan baru dan Mamat pula terus jadi suami penyayang yang sentiasa sokong isteri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top