4 remaja terbabit penularan rakaman video, perbuatan tidak bermoral didakwa esok

4 remaja terbabit penularan rakaman video, perbuatan tidak bermoral didakwa esok

am@hmetro.com.my

Baling: Empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penularan rakaman video dan perbuatan tidak bermoral membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun akan didakwa di Mahkamah Baling, esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, kertas siasatan berhubung kes itu membabitkan empat suspek berusia 15 hingga 17 tahun sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal.

“Polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak terutama remaja,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan tiga pelajar dan bekas pelajar sebuah sekolah menengah di sini ditahan kerana melakukan rogol secara berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah.

Tangkapan itu dilakukan selepas pengadu berusia 53 tahun dimaklumkan guru disiplin sekolah itu berkaitan penularan rakaman video anaknya yang berusia 15 tahun berbogel.

Salah seorang suspek ditahan berusia 17 tahun adalah teman lelaki mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top