Sugarbomb catat sejarah di Dubai

Sugarbomb catat sejarah di Dubai

Kuala Lumpur: Sugarbomb melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wakil tunggal ASEAN sempena pameran kecantikan antarabangsa Beautyworld Middle East 2025 bertempat di Dubai World Trade Centre, pada 27 hingga 29 Oktober lalu.

Menariknya, tahun ini menandakan penyertaan kali kedua berturut-turut jenama itu di acara berprestij terbabit.

Jurucakap Sugarbomb berkata pihaknya berasa bangga apabila berpeluang memperkenalkan warisan negara di peringkat global.

“Kami bangga membawa warisan Malaysia ke pentas dunia melalui seni batik dan wangian. Ia bukan sekadar produk, tetapi cerminan identiti, budaya dan inovasi bangsa,” ujarnya.

Jenama wangian tersohor itu tampil lebih berani dengan memperkenalkan Sugarbomb Heritage Collection iaitu koleksi eksklusif yang menampilkan lima wangian berinspirasikan jiwa dan budaya Melayu: Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam, dan Gemersik Sutera.

Koleksi Heritage ini turut diiktiraf dan dibangunkan bersama Givaudan, salah satu syarikat pembekal minyak wangi terbesar dunia.

Kerjasama ini bukan sahaja mengangkat kredibiliti Sugarbomb sebagai jenama Malaysia bertaraf antarabangsa malah membuktikan komitmen mereka terhadap kualiti dan inovasi.

Sugarbomb turut berkolaborasi dengan Tinta Sutera, pengilang batik dari Kelantan, bagi mencanting motif batik eksklusif pada penutup setiap botol perfume.

Tiada dua botol yang sama menjadikan setiap wangian ibarat karya seni yang memadukan tradisi dan modeniti.

Dengan kejayaan berterusan, Sugarbomb kini menembusi pelbagai pasaran antarabangsa melalui pengedar rasmi di Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan India.

Seterusnya, syarikat tersebut menyasarkan pasaran Eropah, Argentina dan Amerika Utara sebagai destinasi baharu untuk memperluas capaian global mereka.

Kejayaan ini membuktikan bahawa jenama tempatan mampu berdiri setanding dengan nama besar dunia, apabila disertai nilai budaya, kreativiti dan mutu yang konsisten.

Ditubuhkan oleh anak muda tempatan dengan visi besar untuk menjadikan Malaysia sebagai hab wangian Asia, Sugarbomb kini sinonim dengan inovasi dan kualiti bertaraf antarabangsa.

Dari kios kecil, kini mereka menjadi lambang kebanggaan jenama tempatan yang membawa nama Malaysia ke peringkat global.

Maklumat lanjut, layari www.sugarbombgroup.com atau ikuti mereka di media sosial @sugarbombgroup.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top