am@hmetro.com.my
Baling: Lelaki yang baru dua hari berkahwin ditemukan maut di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, dekat sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam jam 11.30 pagi memaklumkan penemuan mayat lelaki berkenaan.
Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling ke tlokasi kejadian.
“Hasil siasatan mendapati si mati berusia 34 tahun yang juga penduduk di kampung terbabit.
”Siasatan mendapati lelaki itu pergi ke sebelah kiri rumahnya dan memanjat pokok semambu, sebelum ditemukan sudah meninggal dunia.
“Mangsa dipercayai baru dua hari mendirikan rumah tangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Salimi berkata, petugas perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)Alor Setar tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
© New Straits Times Press (M) Bhd




