“Saya Hilang Sebahagian Diri Di Setiap Kehamilan” – Emosi Bergolak, Uyaina Arshad Mahu Fokus Pulihkan Diri

“Saya Hilang Sebahagian Diri Di Setiap Kehamilan” – Emosi Bergolak, Uyaina Arshad Mahu Fokus Pulihkan Diri

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mendedahkan setiap kali melalui fasa kehamilan, dia berdepan pergolakan emosi dan perubahan diri sehinggakan berasa seolah-olah kehilangan sebahagian daripada dirinya sendiri.

Kata Uyaina, pengalaman menjadi ibu kepada tiga cahaya mata bukan sesuatu yang mudah, malah ia hadir dengan cabaran tersendiri.

Ini termasuklah, terhadap identiti dan keseimbangan diri sebagai seorang wanita.

“Dengan setiap kehamilan, saya rasa saya telah kehilangan sebahagian daripada saya.

“Dan untuk mencari diri saya semula sentiasa menjadi perjuangan,” katanya.

Jelas Uyaina, setelah melalui tiga kali fasa kehamilan, dia kini nekad membuat keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga kecilnya dan dirinya sendiri.

“Sekarang 3 orang anak sudah memadai. Saya mahu fokus pada mereka dan juga pada saya.

“Saya mahu menuntut semula dan  membina semula diri saya. Tahun depan saya akan berumur 33 tahun, mempunyai tiga orang anak dan itu sudah cukup,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut bekas pengacara Wanita Hari Ini itu bersetuju dengan kenyataan yang diberikan malah, sempat berkongsi pengalaman sama yang dilalui Uyaina.

Scroll to Top