Kuala Lumpur: AFYAA terus menunjukkan momentum kukuh dalam segmen kesihatan berasaskan sunnah apabila produk terbaharunya, Sahiyya+, merekodkan jualan RM1 juta hanya dalam tempoh tujuh hari selepas pra-tempahan dibuka pada 7 November lalu.
Pakar Pemakanan AFYAA, Hasif Ilyasa berkata, lebih 10,000 unit Sahiyya+ terjual dalam masa seminggu, manakala kapasiti pengeluaran bulanan yang mencecah 20,000 unit dijangka digunakan sepenuhnya susulan permintaan yang meningkat.
Katanya, Sahiyya+ adalah evolusi kepada suplemen penjagaan jantung utama AFYAA, diperkenalkan dengan formulasi dipertingkatkan melalui kombinasi Garlzac (ekstrak bawang hitam berumur), Cordiart (ekstrak kulit oren manis) dan Lipophytol (fitosterol pokok pain).
“Sambutan awal terhadap Sahiyya+ mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai antara peneraju dalam pasaran suplemen halal tempatan, selain menyokong misinya mempromosikan konsep kesihatan pencegahan berasaskan sunnah di peringkat lebih luas.
“Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan penerimaan pasaran yang kukuh terhadap inovasi terbaharu AFYAA, tetapi turut mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan halal,” katanya di majlis pelancaran Sahiyya+ di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, ia juga menandakan langkah penting dalam misi AFYAA untuk menjadikan konsep kesihatan pencegahan berasaskan keimanan lebih mudah diakses, diyakini dan berimpak di peringkat global.
AFYAA, syarikat yang berteraskan makanan berfungsi terus menekankan komitmen untuk membangunkan produk berpandukan penyelidikan saintifik dan amalan holistik, dengan matlamat memupuk budaya menghargai kesihatan sebagai asas kehidupan.
Pada masa sama, AFYAA turut berhasrat memperkasa masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat secara proaktif bukan hanya apabila sakit, tetapi sebagai sebahagian daripada cara hidup seharian.
Sebagai produk utama jenama ini, Sahiyya+ menjadi simbol kepada misi terbabit, mewakili janji AFYAA untuk menyediakan solusi kesihatan yang inovatif, beretikadan berkesan demi kesejahteraan tubuh dan jiwa.
© New Straits Times Press (M) Bhd




