Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol yang didakwa diserang dua lelaki di Bangsar malam tadi.
Menurut laporan Kosmo, Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menegaskan yang tugas dan keselamatan wartawan tetap menjadi keutamaan.
FAM mengecam tindakan serangan terhadap wartawan

Dalam kenyataannya, Mohd Yusoff berkata yang FAM mengecam sekeras-kerasnya ancaman terhadap individu yang memainkan peranan dalam sukan.
FAM memandang serius laporan mengenai insiden melibatkan wartawan sukan, saudara Haresh Deol… FAM mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, intimidasi atau ancaman terhadap mana-mana individu, termasuk para wartawan yang memainkan peranan penting dalam ekosistem sukan negara.
Beliau turut menegaskan bahawa menghalang tugas profesional wartawan adalah tidak mencerminkan semangat kesukanan dan nilai integriti yang diperjuangkan FAM.
Polis terima laporan, siasatan sedang dijalankan

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, pihak polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 4 petang semalam dan siasatan kini giat dijalankan.
FAM pula berharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti pelaku dan memastikan keadilan ditegakkan.
FAM akan terus bekerjasama rapat dengan pengamal media serta memastikan ruang yang selamat, profesional dan saling menghormati diwujudkan.
FAM juga mendoakan agar Haresh Deol berada dalam keadaan baik dan diberikan kekuatan selepas insiden tersebut.
Pssttt! Keselamatan wartawan bukan isu kecil. Dalam dunia sukan atau apa saja industri, kebenaran tak akan muncul jika mereka yang melaporkan berita tidak dilindungi. Terus hormati peranan media demi integriti negara.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




