am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, awal pagi ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu di sini, jam 3.05 pagi.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam satu sidang media mengumumkan GRS mendahului dengan memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat jam 2.15 pagi ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




