Ungkapan ‘hero’ selalu kalah dulu mungkin sesuai buat Manchester City yang kembali mencatatkan kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Perbezaan empat mata dengan Arsenal yang menduduki tangga pertama masih boleh dipintas dan kini Man City kembali pada rentak terbaik.
Perjalanan EPL yang masih panjang bukanlah perkara mustahil untuk anak didik Pep Guardiola mengejar Arsenal yang sebelum ini dipintas ‘saat akhir’ di hujung liga.
Phil Foden antara pemain paling mencuri tumpuan dalam kemenangan 3-2 ke atas Leeds United dengan Foden sendiri meledak dua gol.
Pemain England itu membuka tirai jaringan pada awal babak pertama sebelum menambah satu lagi gol penting pada separuh masa kedua, mempamerkan kualiti klinikal yang semakin matang di hadapan gol.
Satu lagi gol City disumbangkan oleh rakan sepasukan sebelum Leeds merapatkan jurang menerusi dua jaringan lewat permainan.
Kemenangan itu bukan sahaja meredakan tekanan di kem Guardiola, malah menghidupkan kembali misi City untuk mengejar The Gunners.
Misi itu dilihat tidak mustahil apatah lagi jika Arsenal mula tergelincir dalam beberapa perlawanan utama yang menanti mereka bulan depan.
Buat anak didik Mikel Arteta, siap-siaplah tisu kerana kemungkinan kekecewaan dua musim sebelum ini boleh berulang buat kali ketiga berturut-turut.
© New Straits Times Press (M) Bhd
