Zeekr Sunway raikan tahun pertama dengan penghargaan eksklusif

Zeekr Sunway raikan tahun pertama dengan penghargaan eksklusif

PENCAPAIAN luar biasa Zeekr Sunway, pengedar Zeekr pertama di Malaysia, diraikan secara rasmi di Zeekr Space Sunway City baru-baru ini sempena ulang tahun penubuhannya yang pertama.

Acara itu mencapai kemuncaknya apabila seorang pemilik bertuah diumumkan membawa pulang sebuah Zeekr X Premium baharu bernilai RM155,800 melalui Cabutan Bertuah Zeekr Owners’ Appreciation Rewards 2025. 

Langkah ini jelas menekankan komitmen jenama terhadap pengalaman pemilikan EV yang premium dan eksklusif.

Sejak penubuhannya pada Oktober 2024, Zeekr Sunway telah mencatat lebih 1,000 penghantaran kenderaan sehingga November 2025. 

Pencapaian ini mencerminkan pertumbuhan pesat jenama serta keyakinan tinggi pelanggan Malaysia terhadap kualiti dan inovasi Zeekr, sekali gus menegaskan kedudukan syarikat dalam landskap kenderaan elektrik (EV) premium tempatan.

Cabutan Bertuah Zeekr Owners’ Appreciation Rewards 2025 merupakan kesinambungan daripada inisiatif asal “Win-a-Zeekr” yang dilancarkan pada 18 Julai 2025 bagi menghargai pelanggan awal. 

Semua pemilik yang mendaftar dan mengambil penghantaran kenderaan antara 1 Oktober 2024 dan 30 September 2025 layak menyertai cabutan bertuah ini, dengan bilangan penyertaan ditentukan berdasarkan model masing-masing. 

Seramai 800 peserta telah disenarai pendek dan sepuluh finalis terbaik menghadiri cabutan akhir di Zeekr Space Sunway City.

Zeekr Sunway raikan tahun pertama dengan penghargaan eksklusifFOTO – Amir Mustaqim

Hadiah keseluruhan bernilai lebih RM200,000, dengan hadiah utama sebuah Zeekr X Premium baharu dimenangi oleh Tong Wei Lun.

Hadiah kedua berupa penginapan mewah 3 hari 2 malam di The Banjaran Hotsprings Retreat dimenangi Lai Weng Fei, dan hadiah ketiga penginapan 2 hari 1 malam di Sunway Resort Hotel untuk Suria Cleanergy Sdn Bhd. 

Tujuh finalis lain turut menerima baucar tunai Zeekr Sunway Service Centre. 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil kanan Sunway Group dan Zeekr Malaysia, termasuk CEO Sunway Trading & Manufacturing, Yeoh Yuen Chee, serta Pengurus Besar Zeekr Malaysia, Eddie Lu.

Selain cabutan bertuah, tetamu berpeluang menjelajah Zeekr Space Sunway City, sebuah pusat pameran ikonik jenama itu di Malaysia. 

Ruang seluas 11,100 kaki persegi ini dilengkapi fasiliti premium termasuk lounge pelanggan, empat stesen pengecas AC, dua stesen pengecas DC dan kawasan penyampaian kenderaan yang serba lengkap. 

FOTO – Amir Mustaqim

Tidak jauh dari situ, Zeekr Sunway Service Centre turut menawarkan sokongan selepas jualan yang komprehensif.

Keberadaan pusat pameran ini bersama Zeekr Sunway Service Centre menekankan komitmen jenama untuk menawarkan pengalaman pemilikan EV yang lancar, eksklusif, dan berprestij di Malaysia. 

Kedua-dua kemudahan ini melibatkan pelaburan lebih RM10 juta oleh Sunway Group, mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat untuk memajukan jenama Zeekr.

Menurut CEO Sunway Trading & Manufacturing, Yeoh Yuen Chee lebih 1,000 penghantaran dalam tempoh setahun jelas mencerminkan keyakinan tinggi pelanggan terhadap jenama Zeekr.

“Tujuan utama cabutan bertuah ini bukan sahaja meraikan pencapaian penting kami, tetapi juga menghargai komuniti pemilik yang menjadi nadi kejayaan Zeekr. 

“Kami bertekad untuk terus memperluas fasiliti dan memperkukuh pengalaman pelanggan, demi memastikan pemilikan EV yang lancar, eksklusif, dan berprestij di Malaysia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai Zeekr Sunway, ikuti Facebook dan Instagram rasmi mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top