Hampir Setahun Berdiam, Kaka Azraff Akhirnya Dedah Sudah Rujuk Dengan Suami | Trending – Oh! Media

Hampir Setahun Berdiam, Kaka Azraff Akhirnya Dedah Sudah Rujuk Dengan Suami | Trending – Oh! Media

Trending

Hampir setahun berdiam, Kaka Azraff akhirnya sahkan sudah rujuk dengan suami. Fokus anak-anak dan lebih jaga privasi keluarga.


Selepas hampir setahun mengunci mulut, penyanyi Kaka Azraff akhirnya merungkai tanda tanya apabila mengesahkan bahawa dia telah kembali rujuk dan masih bergelar isteri kepada suaminya, Adam Azriff.

Menurut laporan Kosmo, Kaka sebelum ini dia memilih untuk tidak menghebahkan perkara tersebut kerana bimbang kehidupan keluarganya menjadi perhatian umum.

Ya, kami masih suami isteri, doakan yang baik-baik untuk kami. Sekarang, kami bersama sebagai sebuah keluarga.

Cuma saya memang tidak suka hendak hebohkan tentang perkara ini kerana saya sendiri tidak tahu perjalanan masa depan. Tidak boleh terlalu yakin.

Enggan dedah tarikh rujuk, anggap terlalu peribadi

Kaka Azraff

Walaupun mengesahkan sudah kembali bersama, penyanyi lagu Gila itu enggan berkongsi tarikh sebenar mereka rujuk semula kerana menganggap ia terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.

Baginya, ketenangan dan privasi keluarga adalah perkara paling utama ketika ini.

Anak-Anak jadi keutamaan Kaka Azraff

Kaka Azraff

Kaka turut menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah kebahagiaan anak-anak dan dia sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi memastikan mereka membesar dalam sebuah keluarga yang lengkap.

Keutamaan hidup saya buat masa ini adalah anak-anak kerana itu amanah yang diberikan oleh Allah. Kebahagiaan anak-anak lebih penting daripada kebahagiaan saya sendiri.

Sebagai orang dewasa yang matang saya boleh cari kebahagiaan di tempat lain. Sebaliknya, anak-anak hanya ada keluarga.

Lebih berhati-hati kongsi hal peribadi di media sosial

Kaka Azraf

Dalam masa sama, Kaka mengakui kini lebih berhati-hati berkongsi kehidupan peribadi di media sosial, apatah lagi selepas melalui pengalaman yang dikaitkan dengan penyakit ain.

Dulu mungkin saya terlalu naif dan tak percaya penyakit ain, tetapi apabila melaluinya sendiri saya rasa memang kena jaga (perkongsian hal peribadi).

Bukan tidak mahu kongsi perkara baik, cuma selepas apa yang saya lalui dan kehidupan kacau-bilau, rasanya cukuplah, tidak perlu terlebih kongsi.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan (6), Aryan (4) serta Atta Adam (1).

Pasangan ini sebelum ini dilaporkan sah bercerai talak satu pada 28 Oktober tahun lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam, sebelum timbul desas-desus awal tahun 2025 bahawa mereka kembali bersama.

Pssttt! Tidak semua kebahagiaan perlu dikongsi di media sosial. Kadang-kadang, menjaga privasi dan keluarga adalah langkah terbaik untuk ketenangan jiwa.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top