Muhyiddin Yaasin Letak Jawatan, Tiga Sayap Pemuda Mahu MT Perikatan Nasional Dirujuk! | Trending – Oh! Media

Muhyiddin Yaasin Letak Jawatan, Tiga Sayap Pemuda Mahu MT Perikatan Nasional Dirujuk! | Trending – Oh! Media

Trending

Isu Muhyiddin letak jawatan hangat diperkatakan. Tiga sayap Pemuda PN tegaskan keputusan tak boleh dibuat sendiri, mesti ikut Perlembagaan Perikatan Nasional.


Tiga sayap Pemuda Perikatan Nasional (PN) tampil dengan pendirian tegas apabila menegaskan sebarang keputusan atas nama gabungan wajib dirujuk dan diputuskan secara bersama melalui Majlis Tertinggi PN, selaras dengan Perlembagaan PN.

Menurut laporan Kosmo, mereka merujuk secara khusus kepada isu perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, yang kini menjadi perhatian ramai.

Perlembagaan Perikatan Nasional jadi sandaran utama

Muhyiddin

Menurut kenyataan itu, Fasal 13 Perlembagaan PN dengan jelas menetapkan mekanisme membuat keputusan dalam gabungan tersebut.

Walaupun setiap parti komponen berhak menyuarakan pandangan masing-masing, pendirian rasmi PN mestilah diputuskan secara kolektif melalui persetujuan bersama.

Mereka turut menegaskan bahawa tiada mana-mana parti komponen boleh menentukan pendirian PN secara unilateral, sebaliknya perlu dicapai melalui konsensus semua parti dalam gabungan.

Kenyataan ditandatangani tiga ketua pemuda

Pemuda

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Hilman Idham iaitu Ketua Armada Bersatu, Lee Boon Shian iaitu Ketua Pemuda Nasional Gerakan dan Justin Prabakaran iaitu Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP

Langkah ini jelas menunjukkan kesepakatan tiga sayap Pemuda PN dalam mempertahankan prinsip dan struktur gabungan.

Dalam masa sama, mereka turut menggesa semua pimpinan PN di setiap peringkat agar mengamalkan politik berteraskan hikmah, kebijaksanaan serta menjaga adab dan etika dalam kerjasama politik.

Menurut mereka, pendekatan itu penting bagi memastikan agenda besar PN dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Pssttt! Dalam politik, perbezaan pandangan itu biasa. Namun, keputusan bersama dan adab dalam berpolitik adalah kunci untuk kekal relevan dan diyakini rakyat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top