Lelaki Duda Ditahan Berkhalwat Dalam Khemah Di Rumah Pusaka | Oh! Tidak – Oh! Media

Lelaki Duda Ditahan Berkhalwat Dalam Khemah Di Rumah Pusaka | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Lelaki duda ditahan berkhalwat bersama wanita dalam khemah di ruang tamu rumah pusaka ketika serbuan JAINJ.


Korang sangka khemah cuma sesuai pasang dekat luar rumah atau tapak perkhemahan. Tapi lain pula kes yang berlaku di sebuah rumah pusaka di daerah ini apabila khemah dipasang elok di ruang tamu.

Tindakan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berstatus duda bersama seorang wanita selepas diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor, JAINJ sekitar jam 3.30 pagi hasil maklumat awam.

Serbuan awal pagi temui khemah di ruang tamu

Menurut JAINJ, anggota penguat kuasa tiba di rumah tersebut dalam keadaan gelap dan mendapati pintu rumah tidak berkunci dari dalam. Pemeriksaan awal tidak menemui sesiapa di dalam rumah.

Namun, anggota kemudiannya ternampak sebuah khemah dipasang di ruang tamu sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

Anggota penguat kuasa memasuki rumah itu melalui pintu utama, namun pemeriksaan tidak menemui sesiapa pada ketika itu sehinggalah terpandang khemah dipasang di ruang tamu.- Katanya.

Lelaki dan wanita keluar dari dalam khemah

Selepas dipanggil keluar, seorang lelaki berseluar panjang dan berbaju keluar dari khemah dalam keadaan mamai. Pemeriksaan diteruskan sebelum seorang wanita berkain batik dan berbaju T pula keluar. Hasil soal siasat mendapati mereka bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram.

JAINJ memaklumkan kedua-dua individu berusia dalam lingkungan 40-an dan bekerja di daerah yang sama. Rumah pusaka itu merupakan peninggalan ibu bapa lelaki tersebut dan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Khemah dipasang kerana pintu dan tingkap belum dipasang, selain bagi mengelakkan perbuatan mereka dilihat oleh orang kampung.

Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan tinggal kira-kira 10 kilometer dari rumah itu dan kerap datang untuk bermalam. Pemeriksaan turut menemui toto dan bantal di dalam khemah. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan ambil ringan soal batas dan hukum. Sekali tersilap langkah, bukan saja maruah terjejas, tapi berdepan tindakan undang-undang.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top