Sultan Pahang kurnia gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri

Sultan Pahang kurnia gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri

Kuantan: Istana Pahang hari ini mengisytiharkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi pengisytiharan memaklumkan gelaran berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Tengku Natasya Puteri merupakan isteri kepada Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan pasangan diraja itu telah diijabkabulkan pada 24 Oktober 2024.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top