Oh! Negara
Rakyat Malaysia diseru bersikap ramah dan mesra sambut pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menjelang penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, isu layanan rakyat Malaysia terhadap pelancong kembali jadi perhatian. Bukan sekadar kempen besar-besaran, tetapi sikap harian rakyat juga memainkan peranan penting.
Perkara ini disampaikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dengan menyeru semua pihak supaya bersama-sama membina imej positif negara di mata dunia.
Menteri tegaskan imej negara bukan tanggungjawab kerajaan sahaja


Memetik laporan Berita RTM, pembinaan imej negara tidak boleh disandarkan kepada usaha kerajaan semata-mata. Ia memerlukan komitmen semua pihak termasuk dari segi layanan mesra dan kebersihan persekitaran.
Beliau memaklumkan ada pelancong yang pernah berdepan layanan kurang menyenangkan ketika berada di Malaysia. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap pengalaman pelancong dan reputasi negara.
Saya telah meminta penjelasan daripada agensi berkaitan dan dimaklumkan terdapat keadaan di mana pelancong dilayan dengan sikap kurang mesra, malah ada yang menunjukkan kemarahan.- Katanya.
Malaysia perlu tonjol budaya ramah kepada dunia

Tiong menegaskan budaya dan sikap rakyat perlu mencerminkan nilai mesra serta mengalu-alukan kehadiran pelancong dari seluruh dunia. Ini selari dengan semangat Tahun Melawat Malaysia 2026 yang mahu menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.
Beliau berharap semua pihak dapat bersama-sama membuktikan Malaysia kekal dikenali sebagai negara yang ramah dan selamat untuk dikunjungi. Sikap kecil seharian boleh memberi kesan besar kepada persepsi pelawat.
Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar bersama-sama membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mesra dan budaya kita harus mencerminkan sikap mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia.- Katanya lagi.

Pssttt! Ohmedia harap korang sama-sama jaga sikap dan layanan bila berdepan pelancong. Kadang-kadang senyuman dan adab ringkas itulah yang buat orang luar jatuh cinta dengan Malaysia.
Kredit: Berita RTM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




