IndiGo tingkat caj penerbangan berikutan lonjakan kos bahan api

IndiGo tingkat caj penerbangan berikutan lonjakan kos bahan api

New Delhi : Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan menaikkan caj tambahan bahan api bagi penerbangan domestik dan antarabangsa berikutan peningkatan harga Bahan Api Turbin Penerbangan (ATF), lapor Xinhua.

Dasar caj tambahan bahan api baharu itu berkuat kuasa pada Selasa.

Menurut syarikat penerbangan berkenaan, kenaikan harga ATF berbanding bulan sebelumnya adalah melebihi 14 peratus, sekali gus melonjakkan kos bahan api ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad lepas.

Syarikat itu menyatakan caj tambahan bahan api bagi laluan domestik akan dinaikkan kepada antara 375 rupee (kira-kira US$3.89) dan 1,300 rupee (US$13.49), berbanding julat terdahulu iaitu 275 hingga 950 rupee (US$2.85 hingga US$9.86).

Kenaikan caj tambahan itu turut dikuat kuasakan bagi penerbangan antarabangsa, menurut syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top