Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia diajar di semua universiti tahun ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia diajar di semua universiti tahun ini

Putrajaya: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh penuntut tempatan mulai tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dua bidang itu akan diajar dalam bahasa Melayu dan dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran umum yang sudah dirombak semula.

“Di peringkat pendidikan tinggi, kita tak wajib bahasa Melayu dan sejarah tapi mulai tahun ini kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang dirombak semula dan diajar dalam bahasa Melayu di seluruh universiti awam (UA) dan swasta bagi pelajar Malaysia.

“Isu Perlembagaan (Persekutuan), isu sejarah Malaysia itu dimasukkan dalam kurikulum, ia tidak terlalu menekan dan kita tetap mahu anak-anak dalam pelbagai bidang dan disiplin yang memerlukan tumpuan yang lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top