“Itu Memalukan Ilmu” – Zhiddin Aziz Tegur Institusi Pendidikan Persenda Negeri Kelantan | Trending – Oh! Media

“Itu Memalukan Ilmu” – Zhiddin Aziz Tegur Institusi Pendidikan Persenda Negeri Kelantan | Trending – Oh! Media

Trending

Institusi pendidikan harus menujukkan contoh yang baik, bukan mengejar trend yang tidak berfaedah.


Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran daripada sebuah universiti tempatan yang didakwa mempersendakan negeri Kelantan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

BACA: Universiti Malaya Mohon Maaf Hantaran Persenda Orang Kelantan

Gurauan tentang sesebuah negeri atau loghat mungkin sudah biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, apabila jenaka sedemikian datang daripada institusi yang sepatutnya mendidik serta membawa nilai kebijaksanaan, ia mula dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak wajar.

Bukan lagi lucu, tapi memalukan ilmu

Menerusi perkongsian daripada Threads pempengaruh, Zhiddin Aziz, beliau menjelaskan bahawa konteks dan siapa yang melontarkan jenaka memainkan peranan besar dalam menentukan sama ada sesuatu gurauan itu boleh diterima atau tidak.

“Gurauan Kelantan tu kalau sesama kita, mungkin nampak gurauan biasa. Tapi bila pelontar dari institusi yang sarat dengan kebijaksanaan, menjadikan Kelantan sebagai jenaka… maaf gurauan itu bukan lagi lucu, itu memalukan ilmu.”

Menurutnya, institusi yang membawa nama pendidikan dan kebijaksanaan seharusnya lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat, apatah lagi apabila melibatkan identiti negeri dan latar budaya.

Kenyataan itu mendapat perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat di ruangan komen, dengan ada yang bersetuju bahawa jenaka berunsur stereotaip boleh menyumbang kepada stigma negatif.

Dalam masa sama, ada juga yang berpendapat isu sebegini perlu dilihat dengan lebih berhati-hati supaya tidak menormalisasikan penghinaan atas nama gurauan.

 6314438692583443872 y

Pssttt! Jenaka yang melibatkan identiti negeri atau masyarakat perlu dilihat dengan lebih berhati-hati, terutama apabila ia datang daripada pihak yang membawa imej pendidikan dan kebijaksanaan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top