Individu Dakwa Orang Luar Negeri Punca Sekolah Di KL, Selangor Dan Johor Makin Sesak | Oh! Negara – Oh! Media

Individu Dakwa Orang Luar Negeri Punca Sekolah Di KL, Selangor Dan Johor Makin Sesak | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Isu yang sangat kritikal, tapi ramai ambil remeh.


Isu kesesakan sekolah di negeri, bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Johor kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Seorang pengguna Threads mendakwa kehadiran penduduk dari negeri lain, yang gagal mengemas kini alamat dan data bancian menjadi antara punca utama masalah ini.

Data tidak dikemas kini, sekolah sukar dibina

Menerusi perkongsian daripada akaun Threads Mira Idora, individu berkenaan menegaskan pembinaan sekolah baharu sangat bergantung kepada statistik rasmi.

Menurutnya, ramai datang bekerja dan menetap di kawasan lembah klang dan negeri johor tetapi tidak menukar alamat mengundi atau mengemas kini bancian, sekali gus menyebabkan data penduduk tidak tepat untuk perancangan kerajaan.

 6318633445407526216 y

Luahan ini memperlihatkan kemarahannya terhadap sikap segelintir individu yang gemar membandingkan negeri, bandar seperti Selangor dengan negeri lain yang lebih aman dan kurang sesak, namun pada masa sama gagal menjalankan tanggungjawab asas mengemas kini maklumat bancian.

 6318633445407526222 y

Kelas padat, slot KAFA tak mencukupi

Antara kesan paling ketara ialah kesesakan di Sekolah Kebangsaan dan kelas KAFA, dengan jumlah murid mencecah 50 hingga 60 orang dalam satu kelas.

Katanya lagi, kelas KAFA pula penuh sepenuhnya sehingga menyebabkan ada kanak-kanak tercicir daripada mengikuti pengajian tersebut, susulan kapasiti sedia ada yang jauh lebih kecil berbanding jumlah pelajar.

 6318633445407526220 y
 6318633445407526223 y

Netizen selaku warga agensi kerajaan akui ini isu kritikal

Seorang lagi pengguna thread yang mendakwa dirinya warga agensi kerajaan tampil memberi perspektif dari sudut perancangan bajet. Katanya, permohonan peruntukan perlu disokong data tepat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 6318633445407526217 y

Topik ini terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ada yang bersetuju soal data perlu diberi perhatian serius dan ada juga yang berpendapat masalah kesesakan sekolah memerlukan penyelesaian lebih menyeluruh.

Pssttt! Isu kesesakan sekolah di negeri bandar bukan sekadar soal pertambahan penduduk, tetapi berkait rapat dengan ketepatan data dan sikap tanggungjawab sebagai rakyat.

Kemas kini alamat serta maklumat bancian bukan perkara remeh kerana ia memberi kesan langsung kepada perancangan kemudahan awam seperti sekolah, pengangkutan awam, pusat perkhidmatan kerajaan dan lain-lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top