Oh! Arena
CAS benarkan tujuh pemain Harimau Malaya tangguh hukuman FIFA dan boleh terus bermain buat masa ini.
Lega sekejap buat penyokong Harimau Malaya bila tujuh pemain utama pasukan kebangsaan dibenarkan kembali beraksi. Ini susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang meluluskan permohonan penangguhan hukuman FIFA terhadap mereka.
Keputusan itu bermakna ketujuh-tujuh pemain ini boleh terus beraksi dalam dunia bola sepak seperti biasa sementara menunggu keputusan penuh rayuan dibuat nanti.
Hukuman FIFA ditangguh buat sementara

Sebelum ini, tujuh pemain Harimau Malaya dikenakan hukuman gantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak oleh FIFA. Namun, FAM mengesahkan CAS telah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Pemain yang terlibat ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution).- Katanya.
7 pemain warisan boleh teruskan karier macam biasa

Dengan penangguhan ni, semua pemain terbabit boleh terus sertai kelab, berlatih dan bermain seperti biasa. Karier mereka tidak terbantut sementara menunggu keputusan rayuan dibuat.
Ini sangat penting sebab jika digantung terus, mereka bukan sahaja rugi peluang bermain, tapi mungkin menjejaskan prestasi dan masa depan bola sepak negara.
Tunggu keputusan muktamad rayuan CAS

Setakat ini, penangguhan ni hanya bersifat sementara. Keputusan penuh rayuan masih belum dikeluarkan oleh CAS.
Maknanya, nasib sebenar tujuh pemain ini masih belum diketahui sepenuhnya. Tapi sekurang-kurangnya mereka ada ruang untuk terus fokus bermain sambil menanti keputusan akhir.
FAM sambut baik keputusan CAS

FAM menyambut baik keputusan ini kerana ia beri ruang kepada pemain untuk terus menyumbang kepada pasukan.
Keputusan ini juga memberi sedikit kelegaan kepada penyokong yang risau Harimau Malaya akan hilang beberapa tonggak utama musim ini.
Pssttt! Ohmedia harap pemain-pemain ni gunakan peluang ni sebaiknya. Jangan sia-siakan kepercayaan yang diberi sebab tak semua dapat peluang kedua dalam karier.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



