Anak kepada selebriti popular, Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menjadi perhatian ramai apabila membantu ibunya menjual tudung menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi satu hantaran di Threads, ada individu memuat naik semula perkongsian serta memuji kecantikan Fatima.
BACA: Fazura Umum Bersara Berlakon Drama TV

Hantaran itu turut mendapat reaksi daripada Fazura yang meluahkan rasa bangga dengan anaknya serta memuji sikap Fatima yang rajin membantunya.
Malah, Fazura turut berkongsikan dia dan anaknya bersama-sama mencari rezeki serta bangsa melihat Fatima.
“Anak solehah mommy yang rajin… sama-sama kita diam-diam cari rezeki ya anakku. Mommy is very proud of the lady you are becoming. MasyaAllah,” kongsinya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara pelakon itu dalam mendidik anak dan mendoakan agar rezeki mereka melimpah ruah.




