53 jam padam kebakaran tapak pelupusan sampah di Baling

53 jam padam kebakaran tapak pelupusan sampah di Baling

am@hmetro.com.my

Baling: Operasi memadam kebakaran tapak pelupusan sampah di Kampung Besah, Mukim Tawar yang bermula sejak Selasa lalu akhirnya ditamatkan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi pemadaman itu berlangsung 53 jam dan berakhir pada 5.30 petang tadi.

Katanya, 150,000 liter air digunakan daripada jentera tangki air serta 173 trip lori untuk memadam timbunan sampah yang terbakar.

“Sejumlah 0.5 hektar keluasan kebakaran dan operasi ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tapak pelupusan sisa buangan doestik dan kilang itu terbakar dengan bomba menerima panggilan kejadian pada 12 tengah hari Selasa.

Susulan siasatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesahkan kawasan pelupusan sampah itu beroperasi secara haram dan pemantauan dilaksana bagi tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top