Senyap-Senyap Nikah! Bekas Anggota Elite, Hana Adnan Kini Sah Isteri Orang

Senyap-Senyap Nikah! Bekas Anggota Elite, Hana Adnan Kini Sah Isteri Orang

Tanpa sebarang pengumuman awal, bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan, 48, akhirnya mendedahkan dirinya sudah pun bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Rudie.

Berita bahagia itu terbongkar selepas pelakon Azah Aziz memuat naik momen istimewa ketika menghadiri majlis resepsi pasangan tersebut menerusi Instagram Story (IGS).

Dalam perkongsian itu, Azah sempat merakam detik Hana sendiri mengesahkan status terbaharunya sebagai wanita berumah tangga.

“Ya, saya sudah berkahwin,” ujar Hana ringkas.

Tidak hanya itu, Azah turut berseloroh memberi bayangan berita tersebut bakal menjadi perhatian netizen.

“Esok kau viral,” katanya bersahaja.

Scroll to Top