Trending
Keluarga Altantuya pulangkan lebih RM4.8 juta kepada Kerajaan Malaysia selepas keputusan Mahkamah Rayuan.
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memulangkan ganti rugi berjumlah lebih RM4.8 juta (AS$1.55 juta) termasuk faedah kepada Kerajaan Malaysia, susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kerajaan daripada sebarang liabiliti berkaitan kematian model Mongolia itu pada 2006.
Menurut laporan BERNAMA, peguam keluarga mendiang iaitu Sangeet Kaur Deo berkata keseluruhan jumlah berkenaan tidak pernah digunakan dan disimpan dalam akaun pemegang amanah selaras dengan perintah mahkamah.
Keseluruhan jumlah yang dibayar sebelum ini berdasarkan perintah penangguhan bersyarat Mahkamah Tinggi Shah Alam, merangkumi jumlah penuh penghakiman serta semua faedah terkumpul, telah dipulangkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia pada 4 Februari.
Abdul Razak baginda juga terima pemulangan keluarga Altantuya Shaariibuu

Sangeet Kaur turut memaklumkan bahawa tindakan sama turut diambil terhadap Abdul Razak Baginda, dengan pemulangan dibuat mengikut potongan yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan.
Beliau menegaskan pendirian keluarga sejak awal bahawa kes ini bukan berkisar soal wang, sebaliknya soal kebenaran dan keadilan.
Seperti yang sering ditegaskan oleh bapa Altantuya, kes ini bukan berkaitan wang. Apa yang dicari adalah jawapan, kebertanggungjawaban dan pengakuan.
Keputusan mahkamah rayuan jadi penentu

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada 2025 mengarahkan Kerajaan Malaysia dan Abdul Razak masing-masing membayar RM4.7 juta kepada keluarga Altantuya serta mendepositkan jumlah tersebut sementara menunggu rayuan.
Namun, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab secara vikarius, memandangkan perbuatan dua bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, dilakukan di luar skop tugas rasmi mereka.
Pssttt! Dalam mencari keadilan, wang bukan segalanya. Kebenaran, kebertanggungjawaban dan pengakuan tetap menjadi nilai paling mahal dalam sesebuah perjuangan.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




