Tiga formula Pan-gon bekalan hadapi NSFC esok

Tiga formula Pan-gon bekalan hadapi NSFC esok

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga formula kejayaan diterapkan pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon kepada anak buahnya dan tip sama akan digunakan menjelang aksi pertama suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, di Paroi, malam esok.

Menurut pengurus pasukan Red Giants, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, tiga elemen penting sentiasa ditekankan Pan-gon dalam setiap perlawanan iaitu fokus, disiplin dan sikap tidak berputus asa.

Katanya, tiga perkara itu selalu diingatkan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu yang menyaksikan pasukan tidak pernah kalah dalam tujuh perlawanan di bawah kendalian Pan-gon sejak awal Januari lalu.

“Tiga benda, fokus, disiplin dan tidak berputus asa memang selalu diingatkan Pan-gon dalam latihan mahupun perlawanan.

“Jadi benda sama juga akan dijadikan azimat kepada pasukan apabila menentang NSFC nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ujarnya lagi, barisan pemain harus mengekalkan momentum kemenangan dan cuba meraih bekalan selesa untuk di bawa dalam perlawanan timbal balık di Kelana Jaya pula nanti.

“Ia kita mahu prestasi semasa ini dikekalkan, atau ditingkatkan lagi. Saya percaya jurulatih dan pemain tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Ditanya tentang NSFC, Mahfizul akui lawan sebuah pasukan yang pantas khususnya di bahagian sayap dan ia perlu disekat.

“Kita dah beberapa kali bertemu mereka musim ini. Ancaman paling bahaya dari sayap, pemain mereka laju. Jurulatih sudah meneliti per kara itu, dan kita kena berhati-hati dan waspada,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan musim ini, keputusan kedua-dua pasukan seimbang apabila masing-masing melakar dua kemenangan dalam empat aksi.

NSFC menang 2-1 dalam aksi pusingan pertama Liga Super di Paroi, sebelum giliran Selangor FC pula meaning 1-0 di Kelana Jaya pada saingan kedua liga.

Kedua-dua pasukan juga bertemu di suku akhir Piała FA apabila Red Giants menang di Paroi 4-0 namun selepas itu tumbang 3-2 di tangan skuad Hobin Jang Hobin di Kelana Jaya. Begitupun Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA menerusi kelebihan agregat 6-3.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top