Pelakon Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira jam 12.16 pagi.
Memetik mStar Online, perkara itu disahkan oleh isterinya Hamidah Mohd Yatim suaminya meninggal dunia di sisi ahli keluarga.
BACA: “Keadaannya Semakin Merosot” – Along Eyzendy Kritikal Di ICU
Khamis lalu, arwah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa ditidurkan akibat pendarahan serius dalam perut.
Difahamkan, arwah sebelum itu mengalami demam dan batuk berpanjangan dan hasil pemeriksaan mendapati kemungkinan terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.
Sumber: mStar Online




