Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz menjadi bualan netizen apabila penampilannya sempena majlis Tahun Baharu Cina dikritik hebat di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Thread, Azira berkongsi beberapa gambar menggayakan busana rekaan Eleven0Eight, lengkap dengan glam team dan stylist profesional.
“Ramadan dah dekat tapi…”
Namun, apa yang mencuri perhatian bukan hanya kecantikan Azira, tetapi pakaian yang digayakan dikatakan terlalu ketat dan menampakkan bentuk badan.

Walaupun ramai memuji kreativiti dan tema majlis, ruangan komen dibanjiri dengan kritikan yang mempertikaikan kesesuaian pakaian tersebut, apatah lagi ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan tidak lama lagi.

Selain teguran berunsur agama, ada juga yang menyindir rekaan busana tersebut yang disamakan dengan pakaian ahli gimnastik atau penari singa.
Malah, komen pedas turut dilemparkan mengenai bentuk badan Azira yang jelas kelihatan.


Walaupun belum ada sebarang kenyataan balas daripada Azira, penampilan tersebut nyata mencetuskan perdebatan antara peminat dan pengikut yang mempunyai pandangan berbeza.
Pssttt! Sebagai selebriti, setiap langkah dan penampilan pasti diperhatikan. Harapnya, teguran ini jadi ruang untuk refleksi, bukan sekadar kecaman kosong.
Kredit: Thread Azira Shafinaz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




