nfazlina@nstp.com.my
Tumpat: Polis menahan sembilan individu warga Myanmar yang disyaki masuk ke Malaysia tanpa dokumen sah, hari ini.
Kesemua individu terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki itu ditahan di terowong Jambatan Sultan Yahya Petra, Pasir Pekan, Wakaf Bharu pada 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, ketika rondaan dilakukan, pihaknya mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.
“Malah kenderaan berkenaan juga gagal berhenti apabila diarahkan sebaliknya memecut laju sehingga terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum pemandu melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu dan semakan nombor casis tiada rekod.
“Pemeriksaan mendapati ke semua penumpang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah
dan dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
“Turut dirampas ialah 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan kes disiasat di bawah Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, kesemua tangkapan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




