Perkongsian deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd menjadi perhatian apabila berkongsikan tips berkaitan cara melayani wanita ketika datang bulan.
Menerusi hantaran di Threads, DJ Kidd memuat naik gambar bersama Emma Maembong yang dirakam dari belakang.
BACA: “Biarlah Dia Nak Support Bakal Suami Dia Spin” – Dj Kidd Pertahan Emma Maembong

Dalam perkongsian itu, DJ Kidd meminta golongan lelaki untuk bersabar apabila berdepan wanita yang sedang datang bulan serta ikutkan saja apa yang mereka mahukan.
“Perempuan kalau period pain (senggugut) makan modal tau. Sabar ya lelaki semua. Kalau sayang, ikut saja apa yang dia nak. Kalau dia nak rumah baru, kau beli je,” selorohnya.
Diruangan komen, rata-rata kaum wanita terhibur dan dalam masa sama bersetuju dengan hantaran DJ Kidd itu serta mengatakan wanita hanya memerlukan perhatian sahaja.




