Wanita Hamil Maut Dipercayai Dibunuh Suami Guna Lesung Batu

Wanita Hamil Maut Dipercayai Dibunuh Suami Guna Lesung Batu

Trending

Wanita hamil tujuh bulan maut di Kota Tinggi dipercayai dibunuh suami guna lesung batu.


Seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa perbuatan kejam suaminya sendiri dalam satu kejadian menyayat hati di sebuah rumah sewa di Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.

Difahamkan, suspek lelaki yang berusia 35 tahun telah diberkas kira-kira jam 7.30 pagi, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Disyaki dipukul guna lesung batu, cedera parah di kepala

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi dan mangsa yang berumur 34 tahun tinggal bersama suaminya, kedua-duanya merupakan etnik Rohingya.

Mangsa dilaporkan ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik di tingkat dua kediaman tersebut dan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala yang dipercayai akibat dihentak dengan objek keras, disyaki lesung batu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat. Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Pssttt! Sungguh menyayat hati bila insan yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi pemusnah nyawa. Wanita ini bukan sahaja membawa satu nyawa, malah dua. Semoga keadilan dapat ditegakkan sebaiknya untuk mangsa dan bayi yang tidak sempat melihat dunia.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top