Da’i Syed Dibebaskan Sementara, Mahkamah Benarkan Tangguh Hukuman Penjara

Da’i Syed Dibebaskan Sementara, Mahkamah Benarkan Tangguh Hukuman Penjara

Oh! Artis

Da’i Syed dibebaskan dengan jaminan RM40,000 sementara tunggu rayuan diputuskan Mahkamah Rayuan.


Pendakwah selebriti, Da’i Syed dibebaskan buat sementara waktu selepas Mahkamah Rayuan benarkan permohonan penggantungan hukuman penjara yang sedang dihadapinya. Keputusan itu sekali gus memberi sedikit kelegaan buat dirinya dan keluarga.

Panel tiga hakim yang bersidang bersetuju ada keadaan ‘istimewa’ yang membolehkan permohonan itu diterima sehingga rayuan penuh diputuskan nanti.

Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak dan membaca alasan serta penghujahan bertulis, kami mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon ini dilepaskan di atas jaminan sehinggalah rayuan pemohon ini di Mahkamah Rayuan ini diputuskan.- Katanya.

Da’i Syed tak pernah gagal hadir ke mahkamah

Menurut Hakim Azmi, keputusan ini turut mempertimbangkan rekod kehadiran Da’i Syed yang konsisten dalam semua prosiding sebelum ini. Beliau juga menegaskan tidak ada bukti bahawa pemohon pernah cuba melarikan diri daripada menghadiri perbicaraan.

Peguam bela turut mengemukakan hujah bahawa ini merupakan kesalahan pertama Da’i Syed, dan patut diberi ruang untuk mempertahankan diri sepenuhnya.

Dai Syed

Mahkamah bersetuju dan menetapkan beberapa syarat jaminan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh penggantungan.

Antara syarat utama, Da’i Syed perlu dijamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin yang tidak semestinya ahli keluarga.Pasport antarabangsa miliknya juga disimpan oleh pihak mahkamah, dan dia perlu melapor diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026.

Da’i Syed diperintah ke penjara 10 tahun

Pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Da’i Syed untuk ketepikan sabitan dan hukuman, dan beliau diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

Sabitan itu berkait dengan kes rogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) yang didakwa berlaku pada 11 September 2019 di sebuah kondominium di I-City.

Pssttt! Ohmedia harap korang ambil iktibar dari kes ni. Undang-undang tetap undang-undang, dan kalau ada peluang kedua, gunakan dengan sebaik mungkin.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top