“Alhamdulillah Rezeki Lepas Berumah Tangga Dipermudahkan”

“Alhamdulillah Rezeki Lepas Berumah Tangga Dipermudahkan”

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meluahkan rasa syukur diatas rezeki yang dilimpahkan dalam pelbagai bentuk selepas mendirikan rumah tangga.

Memetik Oh Bulan, Erra berkata bukan saja dirinya, malah ramai yang datang ke restoran suaminya, Kueh Cafe. 

BACA: Erra Fazira Buat Kejutan Istimewa Hari Lahir Suami Di Tanah Suci

“Alhamdulillah. Inilah rezeki yang Allah berikan. Rezeki selepas berumah tangga itu dipermudahkan. Suami pun ada rezekinya, ramai pengunjung datang ke Kueh Cafe, dan saya sangat bersyukur,” katanya.

Sementara itu, Erra berkata pernigaan suaminya, Ezwan Zain turut mendapat sambutan apabila ramai peminat yang datang untuk bertemu dengan mereka.

“Ramai yang datang ke sana dan kadang-kadang ada yang berkata, kalau tak dapat jumpa saya, dapat jumpa suami pun tak mengapa.

“Suami saya ini macam artis dah dekat sana. Bila ke kafe itu, memang ramai yang akan ambil gambar dan seolah-olah macam ada ‘meet and greet’ di sana.

“Dia seorang usahawan, jadi dia sudah terbiasa menyantuni pelanggan. Bila berkesempatan saya pun akan ke sana dan bersama-sama layan mereka. Itu pun sudah menjadi rutin untuk saya,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top