Oh! Negara
Siasatan SPRM dibuka terhadap perjanjian RM1.1 bilion yang didakwa tergesa gesa dan berat sebelah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini membuka satu siasatan melibatkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan sebuah syarikat asing bernilai kira kira RM1.1 bilion. Perkara ini mencetuskan perhatian ramai kerana jumlahnya besar dan melibatkan dana awam.
Siasatan SPRM dimulakan selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat aduan, mendakwa perjanjian itu dilakukan secara tergesa-gesa serta berpotensi memberi kesan kepada kerajaan.
SPRM telah diambil dari kementerian

Menurut sumber, SPRM sudah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian berkenaan daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Februari 2026. Langkah ini bagi membantu siasatan SPRM meneliti proses dan keputusan yang dibuat.
Kes ini dilihat berkait dengan kemungkinan ketirisan dana kerajaan kerana melibatkan peruntukan yang sangat besar.
Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa.- Katanya.
Kes melibatkan beberapa individu berjawatan tinggi

Perkara itu akan disahkan menerusi keterangan saksi saksi utama yang terlibat. Difahamkan, terdapat dakwaan beberapa individu diberikan jawatan tinggi dalam syarikat terbabit selepas meninggalkan kementerian berkaitan.
SPRM dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha kementerian untuk memberi penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan perjanjian ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan.
Pssttt! Ohmedia harap setiap urusan melibatkan dana awam dibuat dengan penuh teliti dan amanah. Bila libatkan wang rakyat, ketelusan itu bukan pilihan tetapi tanggungjawab.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




