Fazura Sifatkan Que Haidar Lelaki Bijak, Intelektual & Tenang

Fazura Sifatkan Que Haidar Lelaki Bijak, Intelektual & Tenang

Selebriti popular, Fazura kelihatan membalas hantaran seorang individu di platform Threads apabila menyifatkan pelakon Que Haidar sebagai seorang yang bijak, berkeyakinan dan tidak mudah terpengaruh.

Menerusi perkongsian tersebut, individu yang dikenali sebagai @theycallmeibu berkongsi tangkap layar sebuah portal hiburan ketika sesi temu bual bersama Que mengenai isu ‘Sesetengah Orang Bash Untuk Buat Diri Rasa Lebih Bagus – Que Haidar Tak Peduli Komen Negatif Trend Jamilah’.

Menurut individu terbabit, Fazura beruntung kerana dipadankan bersama seorang lelaki yang mempunyai sikap rasional dan tidak mudah melatah seperti Que.

“Wise, confident and unfazed. Untung awak Fazura,”katanya.

Sedar namanya disebut-sebut, pelantun lagu Luar Biasa itu seolah-olah bersetuju dengan pendapat individu berkenaan sekali gus menambah bahawa Que juga seorang lelaki yang berhati baik, bijak dan tenang.

“Intelektual, baik hati, bijak dan tenang. Alhamdulillah,” balasnya ringkas.

Scroll to Top