Menteri Dalam Negeri bersahur bersama warga AADK

Menteri Dalam Negeri bersahur bersama warga AADK

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa bersahur bersama warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di lapangan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang, hari ini.

AADK dalam kenyataan berkata ia antara sebahagian daripada Program Singgah Sahur bersama Menteri Dalam Negeri.

“Beliau meluangkan masa, menatap mata, dan mendengar sendiri denyut nadi petugas di barisan hadapan pemulihan yang bekerja tanpa kenal lelah demi memastikan setiap klien kembali pulih sepenuhnya.

“Kehadiran beliau membuktikan kebajikan setiap ‘wira tidak didendang’ di lapangan sentiasa berada dalam radar utama Kementerian Dalam Negeri,” kata kenyataan itu.

Dalam keadaan itu AADK mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin Nasution kerana sudi menyantuni petugas barisan hadapan dan menyuntik semangat untuk terus berbakti kepada negara.

Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Zainuddin Abdullah menyambut kehadiran Saifuddin Nasution.

Turut hadir Pengarah PUSPEN Sepang, Shamsul Anuar Mohamad Saleh dan Pengarah AADK Negeri Selangor, Nazir Mohamad.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top